a) Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.
b) Pengerusi
i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan.
c) Setiausaha
i) Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.ii) Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala
iii) Menyediakan keperluan peruntukan kewangan.
iv) Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran gabungan) dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaraan.
v) Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:
• Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88-2888) bagi semua masalah berkaitan talian schoolNet
vi) Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.
vii) Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan.
viii) Mendapatkan khidmat Bantu penggunaan daripada Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG).
ix) Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan. x) Melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada
d) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.
e) Pengawas ICT / Pusat Akses
Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah.
No comments:
Post a Comment