Tuesday, November 30, 2010

AKTIVITI SEKOLAH

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2010






HARI KOKO SEKOLAH







 
     BULAN KECERGASAN 2010 

Bilik Akses SKKB


Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah  kendiri dan akses kendiri dengan
lebih berkesan
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran
Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
1. Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan
(e-Learning)
3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
5. Berkolaborasi dengan murid lain

Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet
Apakah peralatan yang akan dibekalkan?
Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.
Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.
Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
·         1. Ada ruang/bilik yang sesuai
·         2. Ada bekalan elektrik 24 jam
·         3. Ada akses kepada Internet
·         4. Ada Makmal Pengkomputeran
·         5. Kemahiran ICT warga sekolah
·         6. Komitmen pihak pentadbir sekolah
Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:

1. Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista,
dan sebagainya
2. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart
Learning, dan sebagainya
3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian
kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PUSAT AKSES SEKOLAH:

a) Penasihat
 i)         Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii)         Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.
iii)        Memantau pelaksanaan aktiviti  Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.

b) Pengerusi
i)          Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah  sepanjang tahun.
ii)         Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
iii)        Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
iv)        Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v)        Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan   melaksanakan        program /aktiviti yang dirancangkan.

c) Setiausaha
 i)         Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
ii)         Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara  berkala 
iii)        Menyediakan keperluan peruntukan kewangan. 
iv)        Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran gabungan)  dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk  tujuan penyenggaraan.
v)         Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian      kepada:
         Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan)
         Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan)
          Meja Bantuan GITN (1-300-88-2888) bagi semua masalah berkaitan talian  schoolNet 
vi)        Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.
vii)       Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan.
viii)      Mendapatkan khidmat Bantu penggunaan daripada Pusat Sumber    
            Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG).
ix)        Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan. x) Melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada

d) Ahli Jawatankuasa
i)          Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.
ii)         Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.
iii)        Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv)        Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.
v)         Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi)        Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.
e) Pengawas ICT / Pusat Akses
Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah.

PUSAT AKSES SEKOLAH KAMPUNG BOYAN

PROFIL PUSAT AKSES SEKOLAH


1.                            MAKLUMAT SEKOLAH:-

1.1    Nama Sekolah:       Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan
                                          (Kod: ABA6060)

1.2    Alamat Lengkap:    Sekolah kebangsaan kampung boyan,
34000   Taiping, Perak.

1.3    Gred Sekolah:        Gred B.

1.4    Sesi Persekolahan: Satu Sesi pagi sahaja.

1.5    Kategori:                 Sekolah Kebangsaan

1.6    Fasa Pusat Akses:   Fasa 2

1.7    No. Telefon:           05-8052693

1.8    No. Faks Sekolah:  05-8052693

1.9.   E-mail Sekolah:     skkgboyan@yahoo.com






VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH


MENJADIKAN SK KAMPUNG BOYAN
SEKOLAH YANG CEMERLANG
MENJELANG 2010


MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH
YANG BERILMU, BERDAYA SAING,
KREATIF DAN INOVATIF
SERTA MEMBENTUK JATI DIRI
YANG UNGGUL MELALUI
PROGRAM-PROGRAM TERANCANG

LOGO SEKOLAH

        LOGO SEKOLAH SK KAMPUNG BOYAN

kata - kata aluan

SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
( PUAN HAJAH NORIHAN BINTI NORDIN )

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Sekian.